JOHOR BAHRU: Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura mencapai 41 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam berimpak tinggi berkenaan diyakini dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2026.
"Projek pembinaan terbahagi kepada tiga pakej iaitu depot, stesen dan jejambat marin... ada antaranya (kemajuan projek) yang sudah ke hadapan dan ada sebaliknya.
"Secara keseluruhan, ia masih mengikut jadual," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan trafik di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan projek berkenaan.
RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.
Rangkaian itu mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 10,000 orang sejam sekali gus membantu meringankan kesesakan trafik.
Projek RTS Link itu juga dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura mencapai 41 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan. - Foto Sinar Harian
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai
Seramai 10 peserta terdiri daripada warga emas berusia lingkungan antara 60 hingga 71 tahun menyertai bengkel pembuatan sabun itu.
PM tidak ada masalah untuk tunai MA63 apabila Sabah bersedia
Sebaik sahaja Kerajaan Negeri Sabah 'beres' dalam semua perkara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada masalah sama sekali untuk tunaikan apa yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Menoktahkan golongan miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - PM
Langkah itu adalah keutamaan Kerajaan Persekutuan dan negeri kerana jelas Perdana Menteri jika anak-anak dan keluarga kita tidak cukup makan, ia perlu diselesaikan segera.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
757 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun lepas
Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.
Industri pembinaan dijangka meningkat enam peratus, nilai pembangunan RM180 bilion
Industri pembinaan negara dijangka meningkat lima hingga enam peratus melibatkan nilai projek pembangunan sebanyak RM180 bilion pada tahun hadapan.
Projek pembinaan punca banjir kilat di Kampung Budiman
Banjir kilat di Kampung Budiman yang menjejaskan kira-kira 50 rumah dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran kampung berkenaan.
KPKT komited selesaikan projek perumahan 'sakit' - Reezal Merican
Antara masalahnya adalah kontraktor mempunyai kesulitan aliran tunai dan kos pembinaan yang tinggi.
Status bangunan MBMB diputuskan selepas isu persempadanan diwartakan
Datuk Zaidi Attan berkata projek pembinaan yang dihentikan pada 2018 itu perlu mengambil kira pelbagai perkara.
Haily Group terima Surat Anugerah bernilai RM23.7 juta bagi projek pembinaan di Johor
Sebelum ini, ia telah memperoleh kontrak bernilai RM24.5 juta untuk pembinaan dan penyiapan projek kediaman teres di Plentong.
120 surat setuju terima akan diserahkan kepada syarikat dalam masa terdekat - Fadillah
KKR akan menyerahkan 120 SST bagi projek pembinaan di seluruh negara yang peruntukannya telah diluluskan kerajaan Persekutuan kepada syarikat terlibat dalam masa terdekat.
Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar
Ia jadi pendorong kepada pengusaha luar bandar untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di bandar dan melangkauinya.
Kerajaan kaji semula projek belum dimulakan - Mustapa
Kerajaan akan mengkaji semula semua projek pembinaan di seluruh negara yang belum dimulakan.